Thursday, June 19, 2008

Selamat Datang



Syarikat ini telah diasaskan oleh En. Mohamed Zaki Bin Itam yang dikenali sebagai Ustaz Sheikh yang berasal dari Lenggong, Perak pada tahun 2005 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Kesihatan Tradisional. Selepas hampir empat tahun beroperasi, berbekalkan warisan peninggalan nenek moyang, Pusat Rawatan Tradisional As Syifa Sdn. Bhd. Pun ditubuhkan pada 13 Disember 2007 dengan bantuan seorang rakan kongsi bagi membiayai perniagaan.

Pengalaman Pusat Rawatan Tradisional (PRT) pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. PRT merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
PRT As Syifa Sdn Bhd diasaskan oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang urutan yang dipelajarinya semasa di Beijing, China. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Sheikh selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan manakala lembaga pengarah adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Siti Nor Aida Binti Sheikh Ali.

FALSAFAH

VISI
• Perniagaan mempunyai dua cawangan dalam negara dan satu cawangan antarabangsa dalam masa dua tahun.
• Menjadi pusat rawatan tradisional yang bertaraf hospital dalam masa setahun.

MISI
• Menjadi pusat rawatan tradisional yang dapat memberikan rawatan kepada pelanggan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF
• Menjadi pusat rawatan tradisional pertama yang bertaraf hospital.
• Untuk mencapai daya maju dan daya saing yang memberangsangkan bagi perkembangan Pusat Rawatan Tradisional As Syifa Sdn Bhd
• Untuk memupuk dan memajukan daya pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan yang dinamik sejajar dengan mutu dan kewibawaan sebuah pusat rawatan tradisional yang bertaraf hospital
• Untuk memajukan tenaga kerja yang bermotivasi dengan etika kerja yang sesuai (Etika Kerja Islam) dengan penuh tanggungjawab kepada Pusat Rawatan Tradisional As Syifa Sdn Bhd serta cekap dan bersopan santun kepada pelanggan
atau.pesakit.

WAWASAN
PRT ialah sebuah pusat rawatan tradisional yang memberi perkhidmatan yang bermutu kepada semua golongan dan bangsa dengan bayaran yang berpatutan dan berusaha supaya PRT berkembang maju yang bermatlamat tertubuhnya sebuah Hospital Islam bertaraf pakar pakar dan menjadi contoh sebagai pusat rawatan bercirikan Islam di Malaysia.





















PRT amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan tradisional. Insya-Allah, berberkalkan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal, segala penyakit mampu diubati. Malah, telah terbukti bahawa rawatan tradisional mampu mengubati penyakit-penykit yang tidak dapat diubati melalui kaedah rawatan moden.
Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan, boleh menghubungi kami di talian 03 – 8922 1523 atau terus ke pusat rawatan kami di alamat NO 27GF, Jalan 15/1A, Seksyen 15,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


Perkhidmatan yang disediakan di PRT adalah : -


1) urut tradisional seluruh badan (1 jam) - RM 60
2) urut separuh badan (30 minit) - RM 30
3) urut anggota setempat (20 minit) - RM 25
4) pemeriksaan kesihatan - RM 5
5) rawatan bekam (2 cawan) - RM 30
6) rawatan resdong - RM 30
7) rawatan holistik - RM 5
8) penyeri wajah/ berat jodoh - RM 30
9) rawatan hikmah (3 kali rawatan) - RM 300
10) kaunseling - RM 15
11) sauna herba (30 minit) - RM 15
12) Reflexiologi (1 jam) - RM 40
13) kuliah rohani (per sesi) - RM 20
14) kursus rawatan tradisional - RM 3500
15) rawatan penambahbaikan tenaga batin lelaki - RM 100
16) rawatan pemulihan tenaga batin lelaki (3 kali rawatan) - RM 540



*****************************WAD AS SYIFA******************************




Pusat Rawatan As Syifa Sdn Bhd telah membuka Wad As Syifa yang beroperasi di tingkat satu Pusat Rawatan Tradisional As Syifa Sdn Bhd. Ia ditubuhkan pada bulan Mei 2008.

Wad As Syifa menyediakan bilik wad yang berhawa dingin lengkap dengan televisyen dan bilik air untuk memberi keselesaan kepada pesakit.Pesakit yang memerlukan masa yang panjang untuk proses penyembuhan ditempatkan di bilik wad untuk memudahkan rawatan dilakukan kepada pesakit tanpa perlu berulang-alik ke sini.

Wad As Syifa memiliki beberapa perawat termasuk Ustaz Sheikh sendiri yang mempunyai kepakaran dalam rawatan tradisional dan seorang pembantu wanita. Sebagai pusat rawatan yang mengamalkan kesihatan kesihatan yang diambil daripada dunia perubatan Islam, PRT As Syifa sentiasa menggalakkan pesakit banyak berdoa, berzikir dan berselawat.

Selain penawaran harga rawatan yang kompetitif, murah dan berpatutan, para pesakit tidak perlu membawa makanan serta pakaian kerana As Syifa telah menyediakan semua kelengkapan tersebut. Sehingga kini, As Syifa telah merawat sebanyak empat orang pesakit sejak penubuhannya pada bulan Mei 2008 dan pelanggannya adalah dari seluruh Malaysia.

Bagi menunjukkan komitmen tinggi As Syifa serta menyediakan rawatan terbaik kepada pesakit, para perawat As Syifa telah di beri latihan dan mempertingkatkan kepakaran mereka sebagai langkah awal dalam menjadikan As Syifa sebagai rangkaian Hospital Alternatif untuk seluruh masyarakat.